Hujan lebat berterusan sejak awal pagi pada 16 Oktober 2022 menyebabkan ombak besar dan beberapa kawasan, jalan raya serta kediaman di enam kampung di lima mukim di Langkawi terjejas akibat banjir kilat. Foto BERNAMA
SELANGOR

Lima daerah di Selangor diramal ribut petir hingga 1 pagi

KUALA LUMPUR, 17 OKT: Lima daerah di Selangor diramal mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga jam 1 pagi nanti.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Facebook memaklumkan keadaan itu berlaku di Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Beberapa daerah di enam negeri lain turut mengalami keadaan sama iaitu Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Sarawak.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :