EXCO Pelancongan Hee Loy Sian mendengar penerangan mengenai salah satu kawasan tumpuan pelancongan ikonik di Bangkok ketika lawatannya baru-baru ini. Foto ihsan Tourism Selangor
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Lokasi strategik, hubungan dua hala lonjak pelancongan negeri

SHAH ALAM, 4 OKT: Hubungan dua hala dan penganjuran program bersama negara lain mampu menjadikan Selangor antara destinasi pelancongan terkemuka dunia.

Menurut EXCO Pelancongan Hee Loy Sian, Selangor juga mempunyai kelebihan akses keluar masuk sehingga berjaya menarik lebih 10.2 juta pengunjung tahun lalu.

“Usaha itu akan dipertingkat dengan pelaksanaan pelancongan berasas komuniti selain memastikan produk negeri berdaya saing dan mengikut permintaan semasa,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, katanya, lawatan berasas komuniti di Bangkok baru-baru ini bagi memperbaharui industri pelancongan negeri dan menambah baik lokasi tumpuan ikonik.

Beliau berkata kawasan tersebut termasuk Kuala Kubu Bharu, sawah padi Sekinchan, kelip-kelip Kampung Kuantan, Bandar Diraja Klang, Pusat Warisan Kajang dan perkampungan budaya Mah Meri.

“Selangor terlibat secara aktif dalam program ini kerana ia dapat memastikan pemain utama industri pelancongan dan komuniti saling menyokong antara satu sama lain,” kata Loy Sian lagi.

Program Hos Komuniti Setempat yang dianjurkan Tourism Selangor sejak 2018 bertujuan melahirkan pemandu pelancong setempat untuk mengenal pasti dan menggerakkan pelancongan budaya.


Pengarang :