Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyantuni pesakit buah pinggang dengan menyerahkan pelitup muka, cecair pembasmi kuman, tisu basah dan makanan kering menerusi program jalinan mahabbah ‘LZS 4u’ pada 4 Oktober 2022. Foto Facebook LZS
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

LZS biayai dialisis 2,253 pesakit buah pinggang di pusat rawatan swasta

SHAH ALAM, 5 OKT: Lembaga Zakat Selangor (LZS) membiayai rawatan dialisis 2,253 pesakit buah pinggang di pusat perubatan swasta sepanjang tahun ini.

Agensi tersebut berkata jumlah melibatkan pesakit yang menjalani dialisis tiga kali seminggu di 132 pusat rawatan bagi memastikan kesihatan mereka sentiasa berada pada tahap baik.

“Jumlah ini tidak termasuk pesakit yang drawat di hospital kerajaan. Tajaan kos rawatan ini supaya pesakit dapat melengkapkan jadual dialisis mereka,”maklumnya menerusi Facebook.

LZS berkata sebagai tanda sokongan, pihaknya mengagihkan pelitup muka, cecair pembasmi kuman, tisu basah serta makanan kering kepada 79 pesakit yang sedang menjalani rawatan dialisis semalam.

“Bantuan menerusi pelaksanaan program LZS 4U. Sama-sama kita mendoakan mereka dikurniakan kekuatan untuk terus cekal. Terima kasih pengeluar zakat. Sedikit bagi anda, segalanya buat mereka,” katanya.


Pengarang :