SHAH ALAM, 10 OKT: Lembaga Zakat Selangor (LZS) meluluskan bantuan perubatan kepada seorang wanita mualaf yang menghidap barah tulang.
Agensi di Facebook berkata bantuan itu bagi keperluan lampin pakai buang dan kerusi roda elektrik bagi kemudahan pergerakan harian asnaf terbabit.
“Susulan daripada laporan kesihatan yang dipanjangkan, pihak Zakat Selangor daerah Hulu Langat menziarahi Vijayal bagi mengikuti perkembangan tahap kesihatannya.
“Semoga Vijayal sentiasa tabah menghadapi ujian yang mendatang dan terus istiqamah dengan syahadah yang dilafazkan,” tulisnya.
Kaki kiri wanita berkenaan yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) terpaksa dipotong dua tahun lalu dan kini kaki kanannya pula membengkak.