Sesi penyerarah tablet kepada calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2022 yang juga anak asnaf Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Masjid Jamek Sultan Hisamudin, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang pada 28 Oktober 2022. Foto Facebook LZS
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

LZS sumbang tablet kepada 50 anak asnaf duduki SPM di Sepang

SHAH ALAM, 29 OKT: Seramai 50 calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2022 di dearah Sepang menerima bantuan tablet bagi memudahkan sesi pembelajaran secara dalam talian.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) berkata penerima terbabit merupakan anak asnaf fakir, miskin dan mualaf hasil semakan pihaknya dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia.

“Bantuan ini di bawah Zakat Selangor Peduli (ZSP) yang bertujuan meringankan beban keluarga asnaf dan memudahkan pembelajaran secara dalam talian,” katanya menerusi Facebook.

Majlis serahan di Masjid Jamek Sultan Hisamudin, Bandar Baru Salak Tinggi disempurnakan Penolong Pejabat Pendidikan daerah (PPD) Pendidikan Islam, Sektor Pembelajaran Daerah Sepang, Mohd Faizal Husin.

Turut hadir Ketua Operasi Agihan Daerah Sepang, Mohd Helmi Mohd Nuri, wakil Jabatan Pengurusan Pendidikan, Siti Asmah Mohd Usrin dan Eksekutif Pembangunan Asnaf, Abu Luqman Abdul Bahar.


Pengarang :