BUDAYARENCANA

Malaysia memilih

Undi anda adalah rahsia,

sila isi borang ini
termasuk nombor siri
kertas undi
kami akan catat
di hujung nombor kad pengenalan
dalam daftar pemilih.

Politik wang adalah keji,

habis mengundi sila ke kanan
ambil sampul wang saku
dari kaunter berkanopi biru,
jangan lupa pangkah
pada yang memberi jasa.

Kita memilih untuk
masa depan anak-anak

betapa hidup mereka
pada masa hadapan,
terpaksa menelan GST, inflasi, korupsi
dan segala macam si.

Tidakkah anda sedar,
pangkah tanda salah?

 

Zamhari Bakti


Pengarang :