Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan sumbangan penyelenggaraan masjid ketika Program bersama penggerak masjid Jelajah Selangor Penyayang Sepang di Masjid Taman Putra Perdana Puchong, Sepang pada 29 Oktober 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Masjid berusia 12 tahun bakal berwajah baharu guna sumbangan negeri

SEPANG, 30 OKT: Pentadbir Masjid Sungai Pelek di sini bersyukur apabila dapat mengecat semula rumah ibadat berkenaan sejak dibina 12 tahun lalu.

Setiausaha masjid, Mohd Salleh Senon berkata kerja baik pilih bangunan akan menggunakan sumbangan penyelenggaraan berjumlah RM30,000 daripada Kerajaan Negeri.

“Sebahagian peruntukan ini akan digunakan untuk mengecat ruang solat kerana sejak masjid ini dibangunkan tidak pernah dicat.

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana keprihatinan memberikan sumbangan kepada masjid,” katanya kepada SelangorKini.

Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan sumbangan khas Dato’ Menteri Besar Selangor ketika Program bersama penggerak masjid Jelajah Selangor Penyayang Sepang di Masjid Taman Putra Perdana Puchong, Sepang pada 29 Oktober 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Sementara itu, nazir Masjid Taman Putra Perdana, Mohd Thalji Ahmad Bakery berkata pihaknya akan menggunakan sumbangan RM10,000 untuk membaiki beberapa kemudahan masjid.

“Jika dilihat keadana fizikal ruang masjid catnya sudah lama dan kita akan cuba indahkan semula untuk lebih cantik.

“Selain itu, kita juga akan membaiki mihrab dan mimbar masjid menggunakan peruntukan diberikan serta derma orang ramai,” katanya.

Terdahulu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan sumbangan kepada lima masjid di daerah ini untuk sumbangan penyelenggaraan sempena Jelajah Selangor Penyayang.

Sebanyak lima masjid masing-masing menerima RM30,000 bagi penyelenggaraan manakala sumbangan khas Dato’ Menteri Besar Selangor berjumlah RM10,000 kepada Masjid Taman Putra Perdana, Puchong.


Pengarang :