Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari beramah mesra dengan kanak-kanak ketika menghadiri program bersama penggerak masjid sempena Jelajah Selangor Penyayang daerah Sepang di Masjid Taman Putra Perdana Puchong, Sepang pada 29 Oktober 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB bantu penduduk Putra Perdana selesai hak milik tanah, isu berlaku sebelum 2008

SEPANG, 29 OKT: Nasib kediaman 9,000 penduduk di Putra Perdana, Puchong disini, terbela apabila bakal menerima surat cara pindah milik (MOT) bulan depan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pihaknya sedang menunggu kertas kerja daripada pejabat tanah untuk mendapat kelulusan.

“Sempena program ini, saya umumkan tentang pindah hak milik di kawasan Putra Perdana yang libatkan 9,000 penduduk telah mendapat penyelesaian.

“Saya percaya boleh diselesaikan dan perkara ini dibincang sejak dua ke tiga tahun dengan pemaju. Isu hak milik tanah ini muncul sebelum 2008 lagi dan kita cari solusi untuk selesaikannya.

“Paling minimum selesai dalam sebulan sebab kelulusan mengambil masa dan perlu menunggu pejabat tanah hantar kertas kerja ke peringkat negeri untuk dapatkan kelulusan,” katanya.

Beliau ditemui selepas hadir ke program penggerak masjid di Masjid Taman Putra Perdana, Puchong sempena Jelajah Selangor Penyayang daerah Sepang di sini hari ini.

Jelajah Selangor Penyayang daerah Sepang berlangsung selama dua hari sehingga esok di KIP Sentral, Kota Warisan dengan bertemakan Menjamin Kehidupan Bermartabat.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika menghadiri program bersama penggerak masjid sempena Jelajah Selangor Penyayang daerah Sepang di Masjid Taman Putra Perdana Puchong, Sepang pada 29 Oktober 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarang :