Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap sempena Jelajah Selangor Penyayang di Stadium Sultan Suleiman, Klang pada 23 Oktober 2022. Foto REMY ARIIFIN/SELANGORKINI
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL PILIHAN MINGGUAN

MB: Cukai rumah kampung, kos rendah kekal dikecuali tahun depan

KLANG, 23 OKT: Pengecualian cukai pintu rumah kampung dan kos rendah di Selangor diteruskan tahun depan sebagai antara langkah meringankan beban hidup rakyat.

Pengecualian cukai pintu bagi rumah kampung dan kos rendah diperkenalkan Kerajaan Negeri setiap tahun sejak 2016.

Dato’ Menteri Besar berkata Selangor mempunyai kemampuan untuk melaksanakan insiaitif tersebut meskipun pengecualian cukai pintu menyebabkan negeri kehilangan salah satu sumber hasil.

“Keputusan pengecualian dibuat sebulan lalu. Alhamdulillah tahun depan kita teruskan pengecualian cukai untuk rumah kos rendah dan kampung.

“Walaupun kehilangannya (hasil) tetapi hasil-hasil lain negeri masih baik dan mencukupi malah kita mampu berdepan dengan Covid-19,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari ketika merasmikan Jelajah Selangor Penyayang daerah Klang di sini, hari ini.

Pada 15 September, Amirudin mengumumkan pengecualian cukai taksiran tahun depan bagi rumah kampung dan kos rendah serta fi lesen penjaja.

Beliau berkata pengecualian tersebut yang melibatkan kos bernilai RM68.74 juta antara usaha untuk melegakan tekanan hidup rakyat Selangor.


Pengarang :