Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan sumbangan pembaikan infrastruktur sekolah sempena Jelajah Selangor Penyayang daerah Sepang di Masjid Taman Putra Perdana Puchong, Sepang pada 29 Oktober 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

MB hulur sumbangan kepada sekolah, masjid sekitar Sepang

SEPANG, 29 OKT: Dato’ Menteri Besar menyampaikan sumbangan kepada tiga sekolah di daerah ini untuk  pembaikan infrastruktur dan pelaksanaan aktiviti sempena Jelajah Selangor Penyayang di sini, hari ini.

Sumbangan oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI berjumlah RM28,000 itu disampaikan Dato’ Seri Amirudin Shari dalam majlis di Masjid Taman Putra Perdana, Puchong.

Menerusi bantuan itu, Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baharu Lanjut menerima RM5,000, SK Sungai Pelek (RM10,000), Maahad Integrasi Tahfiz Selangor @ Sekolah Rendah Agama (SRA) Bagan Lalang (RM5,000) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putra Perdana, Puchong  (RM8,000).

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan sumbangan Khas Dato’ Menteri Besar Selangor sempena Jelajah Selangor Penyayang daerah Sepang di Masjid Taman Putra Perdana Puchong, Sepang pada 29 Oktober 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Turut menerima sumbangan ialah Persatuan Penduduk it-Dayana dan Kelab Memanah Tradisional Cyberjaya (CYBERTRA) masing-masing berjumlah RM7,000 dan RM5,000.

Dalam majlis sama, Amirudin menyampaikan sumbangan khas Dato’ Menteri Besar Selangor berjumlah RM10,000 kepada Masjid Taman Putra Perdana, Puchong manakala lima masjid masing-masing menerima RM30,000 bagi melaksanakan kerja penyelenggaraan.

Selain itu, lima penduduk juga menerima bantuan bakul makanan berbentuk keperluan harian kepada lima keluarga daerah Sepang.

Terdahulu, Amirudin menunaikan solat Zohor secara berjemaah di Masjid Taman Putra Perdana, Puchong.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan sumbangan penyelenggaraan masjid sempena Jelajah Selangor Penyayang daerah Sepang di Masjid Taman Putra Perdana Puchong, Sepang pada 29 Oktober 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarang :