Petugas membuat persiapan sebelum memulakan jualan sempena program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Jeram di Dewan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Desa Coalfields, Kuala Selangor. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: Jualan murah barangan asas diteruskan, ringan beban penduduk

SHAH ALAM, 11 OKT: Program Jualan Ehsan Rakyat (JER) yang menawarkan barangan asas pada harga murah akan diteruskan bagi meringankan beban penduduk Selangor, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Facebook berkata program kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) mendapat sambutan menggalakkan dan memberi manfaat kepada rakyat.

“Meninjau Jualan Ehsan Rakyat Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor – PKPS di Dataran SUK, Shah Alam.

“Alhamdulillah mendapat sambutan amat mengalakkan. Jualan yang memberi manfaat kepada rakyat ini akan diteruskan agar dapat meringankan beban rakyat Selangor,” katanya.

Sehubungan itu, Amirudin mengajak penduduk sekitar DUN Sungai Panjang, Taman Templer, Sungai Tua, Teratai, Taman Medan, Kota Damansara, Sementa, Sijangkang dan Sungai Pelek merebut peluang membeli barangan asas pada harga murah esok.

Menerusi jualan murah tersebut, ayam standard dijual pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan).

PKPS turut menawarkan ikan kembung atau selayang pada harga RM6 setiap pek, minyak masak 5kg(RM25) dan beras 5kg (RM10).

Kerajaan Negeri memperuntuk RM10 juta untuk menjayakan jualan murah di seluruh 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) mulai 6 September hingga 6 Disember ini melibatkan 160 lokasi.


Pengarang :