Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari beramah mesra bersama penduduk ketika bersarapan di Restoran Barakath’s Corner, Kampung Laksamana, Gombak pada 16 Oktober 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINII
AGENDANASIONAL

MB luang masa bersarapan, bertemu penduduk DUN Sungai Tua

GOMBAK, 16 OKT: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari meluang masa bersarapan di Restoran Barakath’s Corner, Kampung Laksamana di sini, pagi ini.

Beliau diiringi Penyelaras DUN Gombak Setia A Rahim Kasdi bersarapan bersama pimpinan masyarakat dan penduduk selain bertemu orang ramai sekitar DUN Sungai Tua.

Amirudin selepas ini akan mengagihkan baucar Jom Shopping bernilai RM100 sempena Deepavali kepada keluarga berpendapatan rendah (B40) DUN Sungai Tuan di Pasaraya Sri Ternak Selayang Baru.

Jom Shopping Raya diperkenalkan Kerajaan Negeri menyasar golongan berpendapatan rendah sebagai inisiatif jangka panjang bagi membela kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Tahun ini, sebanyak RM8 juta dikhaskan untuk program Jom Shopping semua perayaan dengan RM3.34 juta dikhaskan sempena Aidilfitri pada Mei lepas.


Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari meluangkan masa bersarapan bersama penduduk di Restoran Barakath’s Corner, Kampung Laksamana, Gombak pada 16 Oktober 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Pengarang :