Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyertai kayuhan basikal Fun Ride dan cabaran kriterium sempena Karnival Bandar Raya Subang Jaya di Arena Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Subang Jaya pada 23 Oktober 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

MB rasmi acara berbasikal, sertai kayuhan sempena ulang tahun MBSJ

Oleh Suhaila Shahrul Annuar

SUBANG JAYA, 23 OKT: Dato’ Menteri Besar menyempurnakan pelepasan 780 peserta acara berbasikal ‘Fun Ride’ dan kejohanan kriterium sempena Karnival Bandar Raya Subang Jaya di sini, hari ini.

Selepas acara pelepasan, Dato’ Seri Amirudin Shari turut berkayuh bersama-sama Datuk Bandar Subang Jaya Datuk Johary Anuar dan tetamu jemputan lain.

Johary ketika ditemui selepas kayuhan berkata acara kayuhan ‘fun ride’ dan cabaran kriterium adalah antara lebih 20 aktiviti disediakan kepada penduduk sempena ulang tahun kedua Subang Jaya diiktiraf sebagai bandaraya.

“Bagi cabaran kriterium pula terdapat 10 kategori utama. Peserta yang berjaya melengkapkan kayuhan dalam masa ditetapkan menerima hadiah wang tunai dengan nilai keseluruhan RM9,000.

“Selain mendedahkan peserta dengan situasi perlumbaan, ia juga mewujudkan platform hobi dengan menjadikan berbasikal sebagai kegiatan masa lapang,” katanya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari merasmikan pelepasan peserta kayuhan basikal Fun Ride dan cabaran kriterium sempena Karnival Bandar Raya Subang Jaya di Arena Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Subang Jaya pada 23 Oktober 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Pengarang :