Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari menyalakan lilin ketika merasmikan hiasan lantai tradisional atau kolam rangoli berbentuk bunga teratai sempena Deepavali 2022 di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 19 Oktober 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

MB rasmi kolam rangoli di bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri

SHAH ALAM, 19 OKT: Dato’ Menteri Besar hari ini merasmikan hiasan lantai tradisional rangoli atau kolam di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sempena sambutan Deepavali.

Dato’ Seri Amirudin Shari kemudian menyalakan lilin pada hiasan berbentuk bunga teratai yang diperbuat daripada beras berwarna-warni di pintu masuk bangunan Kerajaan Negeri itu.

Amirudin yang tiba jam 9 pagi tadi diiringi EXCO Perumahan Rodziah Ismail dan Pengarah Eksekutif Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) Dato’ Sri Mohamad Suparadi Md Noor.

Kolam rangoli sinonim dengan perayaan Deepavali yang mana penganutnya akan menghiasi kediaman masing-masing sebagai tanda kesejahteraan kepada setiap isi rumah tersebut.


Pengarang :