Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap sempena Jelajah Selangor Penyayang di Stadium Sultan Suleiman, Klang pada 23 Oktober 2022. Foto REMY ARIIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

MB sangkal tuduhan Azmin, rizab negeri makin kukuh

SHAH ALAM, 30 OKT: Rizab kewangan negeri jauh lebih kukuh berbanding era pentadbiran Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, kata Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Amirudin, calon kerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi Parlimen Gombak yang dijangka bertembung dengan bekas Dato’ Menteri Besar itu, menjelaskan rizab pada 2019 berjumlah RM2.1 bilion.

“Rizab RM2.1 bilion sebab kamu (Azmin) belanja defisit RM800 juta pada 2018. Kita belanja tidak kurang RM500 juta, RM600 juta.

“Dia tinggalkan (rizab) negeri RM2.1 bilion. Sekarang rizab negeri RM3.4 bilion. Jauh lebih tinggi daripada zaman dia,” kata pengerusi HARAPAN Selangor itu.

Amirudin juga menyifatkan penyandang kerusi itu berbohong kepada pengundi apabila melempar tuduhan kononnya Selangor mengalami kemerosotan ekonomi termasuk nilai rizab.

Beliau mendedahkan Azmin tidak bertanya angka ekonomi ketika menghubungi Setiausaha Kerajaan Negeri sekalipun mendakwa tuduhannya berdasarkan angka daripada pegawai kanan itu.

“Dia (Azmin) tidak tahu saya masa dia telefon SS (Setiausaha Kerajaan Negeri), saya ada sebelah SS.

“Tidak ada satu angka pun dia tanya SS. Hari ini (29 Oktober) dia nak bohong satu Malaysia, bohong (penduduk) Gombak,” kata Amirudin lagi.

Amirudin juga menegaskan pertumbuhan ekonomi tidak pernah merosot sebaliknya meningkat sejak 2019, lebih tinggi berbanding era Azmin memimpin negeri.

Beliau berkata sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri berjumlah 24.8 peratus pada 2021, tidak pernah merosot sejak 2013.

“Saya tunjuk graf. Daripada tahun ke tahun sejak 2013, kita (Selangor) tidak pernah jatuh. Sumbangan KDNK kita 24.8 (peratus). Zaman Azmin Ali paling tinggi 23.7 (peratus),” katanya.


Pengarang :