Dato’ Seri Amirudin Shari (dua, kanan) menerima cek cura daripada Ketua Pegawai Eksekutif PNSB Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim (tiga, kiri) sempena Majlis Penyerahan Sumbangan Ihya Ramadan kepada Masjid daerah Kuala Langat di Masjid At- Taqwa Banting, Kuala Langat pada 27 April 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

MB: Selangor perkasa syiar Islam, utama kebajikan penggerak masjid (VIDEO)

SHAH ALAM, 13 OKT: Kerajaan Negeri bawah pimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) sentiasa tekad memperkasa syiar Islam termasuk mengutamakan kebajikan penggerak masjid nazir, imam, siak dan bilal sejak 2018.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata saban tahun golongan berkenaan tidak tercicir daripada menerima manfaat RM500 setiap kali menjelang sambutan Aidilfitri.

“Sejak 2018, inilah Menteri Besar negeri HARAPAN yang kononnya ada DAP, yang kononnya tidak jaga Islam, tidak jaga Melayu.

“(tetapi) Inilah negeri pertama yang bagi duit raya RM500 tiap-tiap tahun kepada imam, siak, bilal dan juga guru Kafa ketika musim Hari Raya,” katanya menerusi sedutan video di Facebook hari ini.

Amirudin turut menyifatkan usaha Kerajaan Negeri menyantuni golongan imam, bilal dan siak ditiru oleh Kerajaan Persekutuan ketika Bajet 2023 lalu.

“Saya dengar Menteri Kewangan sebut, dia umum (bantuan) pula untuk siak, imam dan guru Kafa.

“Sekarang nak pilihanraya baru dia nak buat,” katanya.

Kerajaan Selangor bawah HARAPAN saban tahun memberi insentif Bantuan Khas Kewangan (BKK) kepada penjawat awam, penggerak belia serta penggerak masjid mengikut kadar tertentu sempena Aidilfitri.

Menerusi BKK, penggerak masjid terdiri daripada imam, nazir, siak dan bilal menerima insentif RM500.

http://                                             

 

 

 


Pengarang :