Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyerahkan replika kunci kedai Smart Selangor, Bagan Terap kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) Azman Dahlan sempena Jelajah Selangor Penyayang di Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam pada 15 Oktober 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

MB serah kunci kedai Smart Selangor, Bagan Terap

SABAK BERNAM, 15 OKT: Dato’ Menteri Besar hari ini menyerahkan kunci kedai Smart Selangor, Bagan Terap kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB).

Replika kunci disampaikan Dato’ Seri Amirudin Shari kepada Azman Dahlan sempena Jelajah Selangor Penyayang di Stadium Sungai Besar di sini.

Kedai Smart Selangor yang dinaik taraf daripada Kedai PLB dengan kos RM3.8 juta dimulakan sejak 11 Disember 2017 dan siap pada 24 Ogos lalu.

Selain mempunyai 20 unit kedai dan 10 unit medan selera, Kedai Smart Selangor itu juga memiliki kemudahan tandas awam serta surau.

Dalam majlis sama Amirudin turut menyampaikan insentif kemenangan daerah terbaik bagi penganjuran sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.


Pengarang :