Dato’ Menteri Besar menunaikan solat Isyak dan solat hajat berjemaah bersama lebih 3,000 pelajar tahfiz di Padang Kemerdekaan. FOTO SUHAILA SHAHRUL ANNUAR/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

MB solat Isyak, hajat bersama lebih 3,000 pelajar tahfiz

OLEH SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 15 OKT: Dato’ Menteri Besar hari ini meluangkan masa menunaikan solat Isyak dan solat hajat berjemaah bersama lebih 3,000 pelajar tahfiz di Padang Kemerdekaan di sini.

Dato’ Seri Amirudin Shari tiba kira-kira jam 8.15 malam diiringi EXCO Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Mohd Khairuddin Othman.

Sejurus selesai, beliau menyampaikan ucapan perasmian Program Sukan Tahfiz Selangor 2022.

Program berlangsung dua hari bermula semalam membabitkan lebih 3,000 pelajar dari 400 pusat tahfiz seluruh Selangor.

Antara pengisian lain program berkenaaan termasuk kejohanan sukan, aktiviti riadah, qiamulail dan zikir munajat serta persembahan kumpulan nasyid popular Raihan, Hijjaz dan Rabbani.


Pengarang :