Kakitangan MDHS dan penyewa premis menjayakan program gotong-royong di Dewan Dato’ Abdul Hamid, Batang Kali di sini pada 14 Februari 2020. Foto ihsan Bahagian Korporat MDHS
AGENDANASIONAL

MB: Tangani bah perlu penglibatan semua, contohi semangat perangi Covid-19

SHAH ALAM, 12 OKT: Semua pihak dituntut memainkan peranan untuk mendepani musibah banjir dan tidak hanya meletakkan beban ke atas jabatan atau agensi tertentu.

Dato’ Menteri Besar berkata keterlibatan semua pihak merupakan satu keperluan dengan menerapkan semangat bekerjasama seperti yang diamalkan ketika memerangi wabak Covid-19.

“Keterlibatan semua bukan melalui arahan kerajaan semata-mata tetapi setiap warga mempunyai peranannya dan terbukti berjaya (tangani Covid-19) apabila semua mengambil tanggungjawab untuk menerima vaksin, menjaga jarak, memakai pelitup muka dan sedia lakukan saringan.

“Begitu juga dalam hal banjir, tidak sewajarnya dibebankan atas jabatan berkaitan sebaliknya peranan semua pihak jika tidak mereka yang gemar menjadikan sungai sebagai tong sampah turut menerima kesan (banjir),” katanya.

Bercakap dalam program temu bual bersama Bernama Radio hari ini, Amirudin berkata usaha memastikan sistem saliran hingga sungai bersih daripada sampah tidak boleh dibuat dalam tempoh singkat.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari meninjau Sungai Klang yang akan dibangunkan projek Gerbang Maritim Selangor (SMG) di Taman Awam Pangkalan Batu, Klang pada 23 Mac 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Mengambil contoh projek pembersihan Sungai Klang menerusi Gerbang Maritim Selangor, beliau berkata tindakan itu mengambil masa lima tahun untuk membuahkan hasil.

“Setelah lima tahun kita dapati jumlah sampah dipungut di Sungai Klang berkurang, bererti jumlah orang yang membuang sampah juga berkurang tetapi kita mengambil masa,” katanya.

 


Pengarang :