Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim membantah tindakan pihak tertentu yang cuba menghalang kebebasan media. Foto Facebook Anwar Ibrahim
AGENDA NASIONAL

MB ucap takziah pemergian ibu Wan Azizah, Anwar batal jelajah ke Sarawak

SHAH ALAM, 24 OKT: Dato’ Menteri Besar mengucapkan takziah kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atas pemergian ibunya, Mariah Khamis pagi tadi.

Uacapan sama juga disampaikan Dato’ Seri Amirudin Shari kepada dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terpaksa membatalkan jelajah beliau ke Sarawak hari ini.

“Takziah diucapkan kepada Dato Seri @anwaribrahim dan Kak Wan @drwanazizah di atas pemergian ibunda tercinta.

“Semoga roh Almarhumah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman,” tulisnya di Twitter.

Terdahulu, ketua pembangkang menerusi Twitter memaklumkan ibu pengerusi Majlis Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang juga isterinya meninggal dunia.

“Solat jenazah dijadualkan pada jam 11.30 pagi ini di Masjid Al Mustaqim, Ampang,” tulisnya.

Anwar juga memohon maaf kepada seluruh pimpinan dan penyokong Pakaran Harapan (HARAPAN) Sarawak kerana terpaksa membatalkan jelajah ke Miri dan Kuching hari ini.

“Kita ketemu lagi di lain waktu, Insya-Allah,” katanya.


Pengarang :