Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan cek cura Pembiayaan Hijrah Selangor bernilai RM538,000 sempena Penyampaian Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI) di Dewan Majlis Perwakilan Ketua Kampung (MPKK) Kampung Sungai Manggis, Kuala Langat pada 21 Mac 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

MB: Wanita ingin berniaga disaran mohon pembiayaan NaDI sehingga RM5,000

SHAH ALAM, 13 OKT: Golongan wanita yang ingin menjana wang tambahan untuk menyara hidup menerusi kegiatan perniagaan disaran memohon pembiayaan sehingga RM5,000 menerusi Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI).

Dato’ Menteri Besar berkata tawaran pembiayaan bawah Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) antara usaha Kerajaan Negeri memperkasa dan membantu seramai mungkin wanita untuk berdikari.

“Kerajaan Negeri sangat berbesar hati dapat membantu seramai mungkin wanita berdikari di atas platform perniagaan.

“Skim NaDI khas untuk wanita, seiring hasrat negeri yang sentiasa prihatin kepada wanita,” tulis Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook hari ini.

Peniaga dan pelanggan memakai pelitup muka serta mematuhi SOP ketika melakukan urusan jual beli di Sri Gombak, Batu Caves pada 22 Jun 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Menerusi Pakej Kita Selangor, Kerajaan Negeri memberi peruntukan awalan RM10 juta untuk membantu peniaga mendapatkan pelan pinjaman minimum RM1,000 dan maksimum RM5,000 serta boleh memilih tempoh biaya antara enam bulan hingga tiga tahun.

Tahun ini, Hijrah menyasarkan sebanyak 1,722 pemohon skim NaDI dengan jumlah pembiayaan RM8.61 juta.

Terbuka kepada wanita dan semua kaum, individu berminat boleh memohon melalui laman sesawang www.hijrahselangor.com atau hubungi pegawai pembiayaan di 20 cawangan Hijrah.


Pengarang :