Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Norita Mohd Sidek (kanan) menyerahkan sumbangan bernilai RM100,000 kepada Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (SPCA Selangor) di Ampang dengan disaksikan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin pada 29 Oktober 2022. FOTO SUHAILA SHAHRUL ANNUAR/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

MBI sumbang RM100,000 bantu pusat jagaan haiwan terbiar

Oleh Suhaila Shahrul Annuar

AMPANG, 29 OKT: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menghulur sumbangan RM100,000 kepada Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (SPCA Selangor).

Ketua Pegawai Eksekutif MBI Norita Mohd Sidek berkata bantuan tersebut untuk menjayakan program Stray Free Selangor (SFS) yang dinaungi Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Katanya, MBI menyokong program SFC sebagai usaha menangani masalah kucing dan anjing terbiar dengan kaedah penuh perikemanusian

“Kami menyumbang terhadap kelangsungan kehidupan haiwan terbiar khususnya di Selangor kerana MBI menghargai semua insan dan nyawa yang ada di negeri ini.

“Sumbangan ini bagi memastikan bahawa haiwan yang ada di SPCA Selangor mendapat jagaan yang sepatutnya,” katanya ketika ditemui SelangorKini selepas menyampaikan sumbangan hari ini.

Mengulas lanjut, Norita berkata ini adalah sumbangan kali kedua agensi berkenaan kepada SPCA Selangor selepas menyumbang RM50,000 pada tahun lepas.

Sementara itu, Pengerusi SPCA Selangor Christine Chin berkata sumbangan itu membantu pihaknya meneruskan kelangsungan pusat berkenaan ke arah menangani masalah kucing dan anjing terbiar dengan kaedah penuh perikemanusian.

Katanya, sejak Mac 2017 hingga kini lebih 10,000 kucing dan anjing terbiar dikasi menerusi program SFS yang diselia SPCA Selangor.


Pengarang :