Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan cek cura RM100,000 kepada setiausaha pembinaan Surau Taman Gombak Setia Mohd Sukeri Jaffar (kanan) sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat DUN Gombak Setia di Masjid Kampung Gombak Utara, Gombak pada 10 Okt. 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

MBI sumbang RM100,000 bina Surau Taman Gombak Ria

SELAYANG, 10 OKT: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperuntuk RM100,000 bagi menjayakan pembinaan Surau Taman Gombak Ria di sini.

Sumbangan berbentuk cek cura diserahkan Dato’ Menteri Besar kepada Setiausaha Jawatankuasa Pembinaan Mohd Sukeri Jaffar sempena sambutan Maulidur Rasul 1444H peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia hari ini.

Mohd Sukeri ketika ditemui merakamkan ucapan terima kasih atas keprihatinan Kerajaan Negeri menyalur bantuan untuk menampung kos pembinaan surau yang dijangka siap akhir tahun ini.

“Alhamdulillah, saya mewakili jawatankuasa surau mengalu-alukan sumbangan daripada Kerajaan Selangor. Terima kasih kepada Penyelaras DUN Gombak Setia Rahim Ahmad Kasdi kerana sentiasa memerhati perjalanan pembinaan surau ini.

“Sumbangan diberi amat membantu untuk menyiapkan surau ini memandangkan ia sudah lama dibina menggunakan dana awam,” katanya pada sambutan yang diadakan di Masjid Kampung Gombak Utara.

Tambah beliau, surau itu mampu menampung kapasiti hingga 400 jemaah pada satu-satu masa.

“Insya-Allah, apabila siap nanti boleh dimanfaatkan komuniti setempat. Kita sedang baik pulih beberapa kemudahan lagi antaranya tandas dan sistem perpaipan,” katanya.


Pengarang :