Penolong Pengurus Jabatan Tanggungjawab Sosial Korporat MBI Nurul Hani Nadira Hamsan (kanan) menyerahkan cek cura sumbangan RM5,000 kepada Pengerusi Persatuan Warga Sindrom Down Negeri Selangor (PWSDNS), Hanizan Hussin ketika Program Jelajah Pemerkasaan Keupayaan OKU Sindrom Down di Kuala Selangor Cabin Camp, Kuala Selangor pada 8 Oktober 2022. Foto SUHAILA SHAHRUL ANNUAR/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

MBI sumbang RM5,000 bantu persatuan perkasa golongan sindrom down

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

KUALA SELANGOR, 8 OKT: Persatuan Warga Sindrom Down Negeri Selangor (PWSDNS) menerima tajaan RM5,000 daripada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI untuk program pengupayaan dan kemahiran golongan berkenaan.

Penolong Pengurus Jabatan Tanggungjawab Sosial Korporat MBI Nurul Hani Nadira Hamsan berkata sumbangan itu bagi menjayakan Jelajah PWSDNS yang akan menyantuni keluarga dan golongan sindrom down sekitar Selangor.

“MBI menyediakan peruntukan untuk program pengupayaan termasuk bantuan kepada sekolah di sekitar Selangor untuk program murid berkeperluan khas seperti dana naik taraf kemudahan dan keperluan untuk golongan istimewa di sekolah.

“Kolaborasi ini akan kita teruskan ke arah membantu persatuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai golongan sindrom down,” katanya ketika Program Jelajah Pemerkasaan Keupayaan OKU Sindrom Down di sini, hari ini.

Menyentuh persediaan menghadapi kemungkinan banjir akhir tahun ini, Nurul Hani memaklumkan MBI menyediakan kit makanan serta kit penjagaan diri untuk penduduk yang terjejas.


Pengarang :