Petugas Pusat Kitar Semula Seksyen U5, Shah Alam mengajar pelajar sekolah tentang pengasingan sisa mengikut kategori pada Hari Terbuka Kitar Semula Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di pusat berkenaan pada 11 Oktober 2022. Foto Facebook Majlis Bandaraya Shah Alam
PBTSELANGOR

MBSA anjur tukar barang kitar semula, peluang dapat baucar beli-belah

Suhaila Shahrul Annuar

SHAH ALAM,18 OKT: Orang ramai berpeluang menukar barangan kitar semula dengan baucar pasar raya 99 Speedmart di Masjid Al-Muhsinin, Kampung Sungai Kandis, Seksyen 36 di sini, Sabtu ini.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerusi Facebook memaklumkan inisiatif sempena Program Kelestarian Alam Sekitar ‘Recycle Exchange’ itu akan bermula jam 9 pagi.

“Nilai berat bahan kitar semula dan nilai baucar adalah minyak masak terpakai 5kg (RM10), kertas campuran atau buku 10 kg (RM5), tin aluminium 1kg (RM5), tin susu atau besi 5kg (RM5) dan plastik high density polyethylene (HDPE) dan polyethylene terephthalate (PET) 2kg (RM5),” katanya.

Selain itu, program Kutipan Kitar Semula E-Waste akan turut dijalankan melibatkan pembelian barangan E-Waste.

“Barangan tersebut akan dibayar secara tunai bagi yang masih boleh digunakan walaupun sudah rosak,” katanya.


Pengarang :