Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan perkhidmatan Shah Alam On Wheels di lokasi tertentu pada hujung minggu untuk kemudahan orang ramai berurusan. Foto Facebook MBSA
PBTSELANGOR

MBSA buka pejabat bergerak di Aeon Mall Shah Alam hujung minggu ini

SHAH ALAM, 19 OKT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan pejabat bergerak di pekarangan tempat letak kereta terbuka Aeon Mall Shah Alam, Seksyen 13 di sini pada Sabtu ini.

Ketua bahagian korporat dan perhubungan awamnya berkata perkhidmatan ‘Shah Alam On Wheels’ bermula 11 pagi hingga 5 petang itu disediakan bagi memudahkan orang ramai berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

“Pejabat bergerak ini memberi kemudahan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran serta kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan, semakan status lesen komposit dan sebagainya.

“Melaluinya, majlis berharap dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan untuk manfaat masyarakat,” kata Shahrin Ahmad menerusi kenyataan hari ini.

MBSA menggunakan kaedah tersebut di beberapa lokasi sebelum ini sebagai pendekatan memudahkan urusan orang ramai termasuk pembayaran kompaun tertunggak.


Pengarang :