Pasukan Pantas Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menggerakkan usaha menyelamat dan memindahkan penduduk terjejas banjir ke pusat pemindahan sementara (PPS) pada 7 Mac 2022. Foto Facebook MBSJ
PBTSELANGOR

MBSJ sedia lokasi mudahkan penduduk pindah kenderaan ketika banjir

SHAH ALAM, 14 OKT: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) mengenal pasti kawasan pemindahan sementara kenderaan bagi kemudahan penduduk ketika mengalami banjir.

Kawasan berkaitan disediakan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu terutama kepada mereka di penempatan berisiko bencana susulan penganjuran Bengkel Pelan Strategik Operasi Bantuan Bencana MBSJ sempena persediaan menghadapi monsun timur laut pada 5 Oktober lalu.

“Inisiatif ini adalah bagi mengelak dan mengurangkan tahap kerosakan harta benda ketika bencana.

“Penduduk di kawasan risiko bencana disenaraikan disaran menggunakan lokasi dicadangkan untuk memudahkan urusan pihak berkuasa dan keselamatan,” katanya menerusi Facebook.

Lokasi terlibat terbahagi kepada lima zon iaitu Subang Jaya, Kota Kemuning, Sri Serdang, Sri Kembangan dan Kinrara.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Pusat Kawalan MBSJ di talian 03-80247700 dari Isnin hingga Jumaat bermula 8 pagi hingga 5 petang.

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan Selangor mengalami peralihan monsun barat daya kepada monsun timur laut dengan kadar taburan hujan antara 100 hingga 400 milimeter (mm) bermula pertengahan bulan ini hingga Disember.

 


Pengarang :