AGENDANASIONAL

MetMalaysia keluar amaran ribut petir di sepuluh negeri hingga 7 petang

KUALA LUMPUR, 21 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di 10 negeri hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 2.20 petang tadi memaklumkan negeri yang terlibat ialah Kedah meliputi Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu; Pulau Pinang; Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang); Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang) serta Terengganu (Besut, Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman).

Selain itu, Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh dan Kuantan); Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau) dan Johor (Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Di Sarawak pula meliputi Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Kapit (Belaga), Bintulu, Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang, serta Tawau, Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Pitas dan Kudat) di Sabah.

Kenyataan itu memaklumkan keadaan cuaca itu berlarutan sehingga 7 malam ini.

– BERNAMA


Pengarang :