Operasi merobohkan struktur tambahan oleh kakitangan Majlis Perbandaran Ampang Jaya pada 25 Mei 2022. Foto Facebook MPAJ
PBTSELANGOR

MPAJ pelawa penduduk sertai program pemutihan ubah suai bangunan

SHAH ALAM, 31 OKT: Pemilik bangunan dan kediaman yang membuat pengubahsuian dan binaan tambahan dipelawa menyertai program pemutihan anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Pihak berkuasa tempatan itu berkata program dari 1 Julai 2021 hingga 30 Jun 2023 bagi menyelesaikan masalah pembinaan dan pengubahsuaian yang tidak mematuhi garis panduan pihaknya.

“MPAJ menyeru kepada semua warga Ampang Jaya mengambil peluang ini kerana program pemutihan ini memberi pelbagai manfaat.

“Antaranya memastikan semua pembinaan mendapat kelulusan MPAJ dan sijil siap dan pematuhan (CCC) serta memudahkan proses jual beli, cagaran bank, tuntutan insurans dan sebagainya,” katanya menerusi Facebook.

Mereka yang ingin berbuat demikian boleh hubungi Hubungi Jabatan Bangunan dan Senibina MPAJ di talian 03-42757009 atau e-mel ke [email protected]


Pengarang :