Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim (tengah) bergambar bersama kakitangan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) ketika Majlis Perasmian Penutup Expo Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi Negeri Selangor 2022 di Sidang Kemuncak Peniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 9 Oktober 2022. Foto MPAJ
PBTSELANGOR

MPAJ rangkul enam anugerah inovasi khidmat awam Selangor

SHAH ALAM, 15 OKT: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) merangkul enam anugerah menerusi Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (MPIPANS) dan Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS).

Pengiktirafan itu ialah juara kategori Penyampaian Perkhidmatan (Penambahbaikan), johan kategori Inovasi Sosial (Penciptaan) dan tempat ketiga kategori Inovasi Sosial (Penambahbaikan), maklumnya menerusi kenyataan.

MPAJ juga mendapat pengiktirafan video terbaik keseluruhan, naib johan II bagi AINS 2022 selain Pengarah Jabatan Perancangan Korporat MPAJ Rosliza Mohd diangkat sebagai tokoh inovasi Selangor 2022.

Anugerah diterima pada majlis penutup Ekspo Penyelidikan, Pembangunan & Inovasi Negeri Selangor Tahun (SRIE) bersempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) pada 9 Oktober lalu.

Menerusi pengiktirafan yang disampaikan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim, MPAJ berjaya membawa pulang hadiah keseluruhan berjumlah RM44,000.

 


Pengarang :