PBTSELANGOR

MPK laksana sistem undi tapak niaga Pasar Besar Meru, elak monopoli

OLEH SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 29 OKT: Pelaksanaan sistem undian tapak perniagaan di Pasar Besar Meru, Klang dilaksana bagi mengelak monopoli oleh pihak tertentu.

Pengarah Komunikasi Korporat Majlis Perbandaran Klang (MPK) berkata penggunaan sistem undian di tapak Pasar Borong Blok C, pasar besar itu mendapat reaksi positif peniaga.

“Terdapat peniaga yang mempunyai lebih daripada satu tapak maka sistem undian ini akan menjadikan pemilikan lebih telus dan adil.

“Undian dibuat untuk 64 tapak borong ikan dan 56 tapak borong sayur,” kata Norfiza Mahfiz dalam kenyataan semalam.

Mengulas lanjut, katanya peniaga juga diberikan taklimat berkaitan pemindahan tapak dan manfaat sistem undian berbanding sistem monopoli.

“Ia sekali gus dapat mengawal peniaga daripada menyewakan tapak kepada orang lain.

“MPK melalui Jabatan Pengurusan Pasar Dan Penjaja juga merancang untuk mewujudkan Pasar Besar Meru yang bersih, kondusif dan sistematik,” katanya.


Pengarang :