BERITA UTAMAPBTSELANGOR

MPK sedia manual ‘fast track’ percepat proses kebenaran merancang bangunan industri

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

KLANG, 31 OKT: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyediakan manual permohonan kebenaran merancang pendirian bangunan untuk perindustrian secara ‘fast track’ bagi mengatasi isu kelewatan dan ketelusan.

Yang Dipertuanya Noraini Roslan berkata manual yang digunapakai mulai esok menjadi panduan dan rujukan kepada pemohon, perunding dan pemilik tanah mengenai proses dan syarat teknikal.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang Noraini Roslan. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Manual ini (inisiatif MPK) disediakan bagi memudahkan dan mempercepatkan proses permohonan kebenaran merancang pendirian bangunan perindustrian dalam tempoh dua hingga empat minggu yang akan digunapakai mulai 1 November ini,” katanya.

Berucap dalam dalam mesyuarat penuh MPK hari ini, Noraini berkata manual berkenaan dibentuk dengan mengambilkira kira garis panduan yang disediakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor.

“Ia dijual pada harga RM100 bagi setiap permohonan Kebenaran Merancang dan Pendirian Bangunan Industri dan boleh didapati di Kaunter Jabatan Perancang Bandar dan Desa MPK,” katanya.


Pengarang :