Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)
PBTSELANGOR

MPKj tawar kompaun parkir RM10, potongan terpilih hingga 90 peratus

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 28 OKT: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menawarkan kompaun tempat letak kereta serendah RM10 sempena sambutan jubli perak 25 tahun agensi itu bulan hadapan.

Pihak berkuasa tempatan itu turut menawarkan pengurangan kompaun sehingga 90 peratus bagi kesalahan  bawah akta dan undang-undang kecil terpilih.

“Nikmati tawaran bayaran kompaun RM10 bagi setiap kompaun tempat letak kereta dan pengurangan kompaun sehingga 90 peratus bagi kesalahan-kesalahan bawah akta dan undang-undang kecil terpilih.

“Tempoh kempen bermula 1 hingga 30 November depan,” katanya yang turut memaklumkan pengurangan tidak melibatkan kompaun bawah tindakan mahkamah.

Bayaran boleh dibuat di semua kaunter MPKj atau secara dalam talian.

Sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi 03-8737 7899 atau layari www.mpkj.gov.my


Pengarang :