Seorang kanak-kanak memegang seekor kucing yang diberi perlindungan pada Program Kucing Angkat — Sayangi Kucing Jalanan pada 27 Oktober 2022. Foto Facebook MPS
PBTSELANGOR

MPS selamat 19 kucing jalanan, serah kepada keluarga angkat

SHAH ALAM, 28 OKT: Sebanyak 19 kucing jalanan diselamatkan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menerusi Program Kucing Angkat — Sayangi Kucing Jalanan.

Program kali kedua anjuran pihak berkuasa tempatan itu menangkap haiwan berkenaan dan memberikan rumah baharu selain dipelihara tuan baharu.

“MPS mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyertai program ini dan diharap kucing-kucing jalanan tersebut dapat dipelihara serta diberikan kasih sayang yang secukupnya,” katanya di Facebook.

Majlis di lobi Menara MPS pada 27 Oktober lalu dihadiri badan bukan kerajaan (NGO); Pensyarah UIAM Prof Madya Dr Norsaremah Salleh dan Pegawai Khas Timbalan Rektor UAIM mewakili kelab Abu Hurairah universiti itu, Zarinah Jan Yusof Khan.


Pengarang :