Pengunjung merakam gambar kenangan di mercu Selangor Fruit Valley, Kuala Selangor pada 6 Februari 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Musim buah kembali lagi, orang ramai dijemput ke Selangor Fruit Valley

Oleh Suhaila Shahrul Annuar

SHAH ALAM, 4 OKT: Orang ramai dijemput ke Selangor Fruit Valley (SFV) untuk menikmati pelbagai jenis buah-buahan tempatan sempena kembalinya musim buah-buahan itu bulan ini hingga Disember.

Pusat agro pelancongan itu menerusi Facebook memaklumkan buah-buahan yang disediakan termasuk durian, pulasan, jambu batu, nangka, cempedak, rambutan dan nanas.

“Musim buah di SFV kembali lagi bagi tempoh Oktober hingga Disember ini.

“Ayuh, jangan lepaskan peluang ini. Pakat semua datang ke sini, kami amat mengalu-alukan kedatangan anda ke Selangor Fruit Valley,” katanya.

Terletak di Bestari Jaya, SFV dibuka mulai jam 9 pagi hingga 4 petang pada setiap Sabtu hingga Khamis.

Orang ramai yang inginkan maklumat lanjut boleh hubungi 012-3432971 atau 016-6880792 atau e-mel [email protected]

Sebelum ini, SFV mengumumkan harga tiket masuk terkini bagi pelancong domestik mulai Oktober ini ialah RM15 bagi kanak-kanak dan warga emas, manakala RM20 bagi dewasa.

Bagi pelancong antarabangsa untuk kanak-kanak dan warga emas tiket berharga RM30, manakala dewasa pula RM35.


Pengarang :