Tinjauan fenomena air pasang besar di kawasan mengalami banjir di daerah Klang pada 27 September 2022. Foto Facebook MPK
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Negeri sedia sebarang kemungkinan hadapi monsun Timur Laut

SHAH ALAM, 9 OKT: Kerajaan Negeri berada dalam keadaan sedia menghadapi sebarang kemungkinan ketika monsun Timur Laut yang diramal bermula hari ini hingga 12 Oktober.

Dato’ Menteri Besar menerusi info grafik yang dikongsi di Facebook meminta orang ramai sentiasa peka dengan keadaan alam sekeliling.

“Warga Klang dinasihatkan menyimpan nombor-nombor penting ini semasa kecemasan sewaktu monsun Timur Laut yang dijangka berlaku sehingga 12 Oktober.

“Kerajaan Negeri berada dalam keadaan sedia untuk sebarang kemungkinan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Facebook.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan Selangor mengalami peralihan monsun barat daya kepada monsun timur laut dengan kadar taburan hujan antara 100 hingga 400 milimeter (mm) bermula pertengahan bulan ini hingga Disember.

 


Pengarang :