Petugas membuat persiapan sebelum memulakan jualan sempena program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Jeram di Dewan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Desa Coalfields, Kuala Selangor. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Peluang beli ayam, ikan dan daging murah di sembilan lokasi hari ini

SHAH ALAM, 13 OKT: Dato’ Menteri Besar mengajak orang ramai mengunjungi program jualan murah anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di sembilan lokasi, hari ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan Jelajah Ehsan Rakyat yang diadakan mulai 9 pagi hingga 1 tengah hari menawarkan barangan makanan mentah dan asas rendah berbanding harga pasaran.

“Warga Selangor berpeluang menikmati harga barangan makanan mentah dan asas pada harga lebih rendah berbanding pasaran sempena Jelajah Ehsan Rakyat,” katanya di Facebook.

Berdasarkan perkongsian infografik, berikut lokasi Jelajah Ehsan Rakyat:

  • Kampung Sungai Nipah (DUN Sungai Panjang)
  • Padang Pangsapuri A1 (DUN Teratai)
  • Taman Semenyih Impian (DUN Semenyih)
  • Hadapan Arif Bistro Seksyen 24 (MPP Zon 8)
  • Balai raya MPKK Kampung Baru Sungai Chua (DUN Balakong)
  • Parkir Madrasah Hajjah Zubaidah Jalan PJS1/52 Petaling Jaya (DUN Taman Medan)
  • Tapak pasar malam Subang 2 (DUN Kota Damansara)
  • Parkir masjid Kampung Sungai Pinang (DUN Sementa)
  • Dataran balai raya MPKK Kampung Jenderam Hulu (DUN Sungai Pelek).

Menerusi jualan murah tersebut, ayam standard dijual RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur (RM10 sepapan), ikan kembung atau selayang (RM6 setiap pek), minyak masak 5kg (RM25) dan beras 5kg (RM10).

Kerajaan Negeri memperuntuk RM10 juta untuk menjayakan jualan murah di seluruh 56 DUN mulai 6 September hingga 6 Disember ini melibatkan 160 lokasi.


Pengarang :