Petugas membuat persiapan sebelum memulakan jualan sempena program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Jeram di Dewan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Desa Coalfields, Kuala Selangor. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Peluang beli ayam, ikan, telur murah di sembilan lokasi esok

SHAH ALAM, 31 OKT: Inisiatif jualan murah barangan asas anjuran Kerajaan Negeri diteruskan ke sembilan lokasi esok, mulai 9 pagi hingga 1 tengah hari.

Jelajah Ehsan Rakyat diadakan di terminal bas Parit 16, Sungai Panjang (DUN Sungai Panjang), tali air 2 ban 3, Masjid Al Iman Sungai Burong (DUN Sungai Burong), Flat Putri Laksamana (DUN Sungai Tua) dan berdekatan pejabat am zon 5 (Gombak Setia).

Jualan murah turut bertempat di Flat Taman Pelangi (DUN Rawang), parkir Surau Al Azim, Jalan Enggang Selatan (Hulu Kelang), padang hadapan Kondominium D’Pines (DUN Pandan Indah), pekarangan Surau Al-Hikmah Taman Jasmin (DUN Kajang) dan Puchong Permai (DUN Seri Serdang).

Menerusi jualan murah tersebut, ayam standard dijual pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur (RM10 sepapan).

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) turut menawarkan ikan kembung atau selayang pada harga RM6 setiap pek, minyak masak 5kg (RM25) dan beras 5kg (RM10).

Kerajaan Negeri memperuntuk RM10 juta untuk menjayakan jualan murah di seluruh 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) mulai 6 September hingga 6 Disember ini melibatkan 160 lokasi.

Maklumat lokasi Jelajah Ehsan Rakyat juga boleh diperoleh dengan melayari pautan https://linktr.ee/myPKPS


Pengarang :