EXCO Kebudayaan Borhan Aman Shah mewakili Dato’ Menteri Besar menyantuni pemimpin yang hadir pada Majlis Makan Malam Muhibbah Pemimpin Komuniti Sabak Bernam di Dewan Seri Bernam Sungai Besar, Sabak Bernam pada 14 Oktober 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Pemimpin masyarakat disaran sebar luas program negeri

SABAK BERNAM, 15 OKT: Setiap pemimpin masyarakat disaran memainkan peranan dalam menyampaikan program Kerajaan Negeri kepada penduduk setempat.

EXCO pembangunan luar bandar dan kampung tradisi berkata peranan golongan itu membolehkan lebih ramai penduduk mendapat manfaat daripada pelaksanaannya.

“Saya harap pemimpin komuniti khususnya di Sabak Bernam dan Sungai Besar dapat memahami setiap program dan dapat menyampaikanya kepada masyarakat.

“Jika dapat dilaksana, mereka mudah untuk membantu meneruskan dasar Kerajaan Negeri. Ini kerana, ada segelintir masyarakat di kawasan luar bandar tidak mengetahuinya,” kata Borhan Aman Shah.

Beliau ditemui ketika hadir majlis makan malam muhibbah pemimpin komuniti Sabak Bernam di Dewan Sri Bernam malam tadi.

Terdahulu, seramai 270 pemimpin komuniti termasuk setiausaha daripada 95 kampung hadir ke majlis makan malam tersebut.

Antara kampung terlibat di Kampung Pasir Panjang, Kampung Sungai Lias, Kampung Sungai Limau, Kampung Tali Air, Kampung Simpang Lima, Sungai Haji Dorani dan Bagan Nakhoda Omar.


Pengarang :