Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Mutiara Bukit Raja M Thenathayalan (kiri) dan ADN Kota Anggerik Najwan Halimi (tiga, kanan) ketika lawatan tapak aduan di Taman Mutiara Bukit Raja, Klang pada 17 Oktober 2022. Foto SUHAILA SHAHRUL ANNUAR/SELANGORKINI
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

Penduduk lega, MPK pantas selesai aduan perbandaran

Oleh Suhaila Shahrul Annuar

KLANG, 18 OKT: Penduduk Taman Mutiara di Bukit Raja lega apabila Majlis Perbandaran Klang (MPK) bertindak pantas menyelesaikan isu perbandaran yang menganggu penempatan tersebut.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Mutiara Bukit Raja M Thenathayalan berkata masalah seperti penyelenggaraan longkang, landskap, struktur haram, kenderaan terbiar dan pam air tidak berfungsi sudah lama menganggu penduduk.

“Kami juga hargai usaha wakil rakyat Kota Anggerik Najwan Halimi untuk berhubung dengan pihak berkaitan bagi memastikan semua isu ini segera diselesaikan dan buat kami rasa lebih selesa.

“Dua daripada tiga pam air juga sudah berfungsi. Jadi kita harap ia akan dapat mengelak banjir kilat yang mengganggu penduduk di sini,” katanya ketika ditemui selepas melawat tapak kawasan di sini.

Terdahulu, Timbalan Yang Dipertua MPK Elya Marini Darmin berkata pihaknya bersama agensi lain sedang giat menyelesaikan aduan berbangkit supaya penduduk menikmati persekitaran kondusif.

Ogos lalu, penduduk Taman Mutiara membuat aduan berkaitan pelbagai isu antaranya pembersihan sampah tidak dilaksanakan dengan sempurna dan masalah saliran air tidak diselenggara.


Pengarang :