Datuk Bandar Majlis Bandaraya Subang Jaya Dato’ Johary Anuar berucap ketika bengkel pelan strategik operasi bantuan bencana sebagai persiapan menghadapi monsun Timur Laut 2022 di Dewan Serbaguna USJ 7, Subang Jaya pada 5 Oktober 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

Peralihan monsun: 35 lokasi sekitar MBSJ berisiko bah, tanah runtuh

SUBANG JAYA, 5 OKT: Sebanyak 28 kawasan sekitar pentadbiran Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dikenal pasti sebagai lokasi banjir berikutan peralihan monsun Timur Laut.

Pihak berkuasa tempatan itu turut mengesan tujuh lokasi berisiko tanah runtuh sepanjang fenomena yang diramal berlaku mulai pertengahan bulan ini hingga Disember.

Menurut Datuk Bandar Dato’ Johary Anuar, semua kawasan terbabit dipetakan dalam sistem maklumat geografi (GIS) bagi memudahkan operasi bantuan ketika bencana.

“Apabila berlaku bencana, agensi terlibat mudah untuk menghantar bantuan kepada mangsa terjejas.

“Misalnya jika terjadi di Kampung Seri Aman, maka mereka boleh tahu di mana pusat pemindahan sementara (PPS) terdekat dengan kawasan berkenaan,” katanya hari ini.

Beliau bercakap ketika ditemui pada bengkel operasi bantuan bencana di Dewan Serbaguna MBSJ yang disertai 150 individu membabitkan wakil komuniti, anggota badan beruniform dan badan kerajaan.

Berikut lokasi berisiko bah dan tanah runtuh mengikut Dewan Undangan Negeri (DUN):

Banjir

DUN Subang Jaya
-Persimpangan Persiaran Kewajipan dan Tujuan USJ14
-Balai Polis USJ8, Persiaran Kewajipan
-Pangsapuri Lagoon Perdana, PJS9

DUN Batu Tiga
-Jalan Intan 1, Batu 3, Subang Jaya

DUN Kota Kemuning
-Kampung Bukit Lanchong

DUN Kinrara
-Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan IOI Mall
-Kawasan Perumahan TK1
-Kawasan Perumahan TK2

DUN Serdang
– Kampung Kenangan, Puchong
– Kampung Tengah, Puchong
– Kampung Kuala Sungai Baru, Puchong
– Kampung Bersatu, Puchong
– Kampung Seri Puchong, Puchong
– Kampung Seri Langkas, Puchong
– Kampung Seri Andalas, Puchong
– Kampung Seri Aman, Puchong
– Lorong Bertam dan Jalan Rotan, Kampung Baru Batu 14

DUN Seri Kembangan
– Jalan Kuyuh, Kampung Baru Seri Kembangan
– Jalan SK 5/2, Kampung Baru Seri Kembangan
– Jalan SK 9/6, Kampung Baru Seri Kembangan
– Jalan Jinma 7, Taman Jinma
– Jalan Jinma 3, Taman Jinma
– Jalan PSK 7, Pusat Perdagangan Seri Kembangan
– Jalan BS 3/1
– Mines Resort Residences
– Jalan 18/58, Taman Sri Serdang
– Jalan 3/14, Serdang Jaya
– Jalan 3/15, Serdang Jaya

Tanah runtuh

DUN Subang Jaya
-Jalan Pinggiran USJ2/2, Taman Pinggiran USJ, Subang Jaya

DUN Kinrara
-Sekolah Rendah Pusat Bandar Puchong 2
-Jalan 16, Taman Bukit Kuchai, Puchong

DUN Serdang
-Jalan Udang Kara, PUJ8, Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan
-Jalan LP1A/2, Lestari Perdana, Seri Kembangan

DUN Seri Kembangan
-Jalan Indah 1, Taman Universiti Indah, Seri Kembangan
-Jalan BS5/26, Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan

 


Pengarang :