Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika program hala tuju membentuk naratif pembangunan masyarakat India di Hotel Wyndham Acmar, Klang pada 3 Julai 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Perkasa ekonomi, pendidikan antara fokus negeri bantu kaum India  

Oleh Nur Aishah Mohd Amin

SHAH ALAM, 12 OKT: Program usahawan dan pendidikan kaum India di Selangor antara fokus Kerajaan Negeri untuk meningkatkan taraf hidup golongan berkenaan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pelbagai program khusus untuk tempoh jangka panjang disediakan kepada usahawan India dan pelajar sekolah.

“Kita sediakan program khas untuk usahawan kaum India seperti Program Pembangunan Usahawan India Selangor (Sitham) yang menawarkan latihan manakala Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) memberi geran untuk membantu berniaga.

“Kerajaan Negeri juga tidak mahu hanya memberi bantuan kewangan dan makanan kepada pelajar, sebaliknya kita memikir untuk program jangka panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam wawancara menerusi Vanakkam Malaysia News mengenai sosio ekonomi penganut India di negeri ini.

Amirudin turut memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri menyalurkan peruntukan RM5 juta kepada 97 buah sekolah jenis kebangsaan Tamil di negeri ini.


Pengarang :