EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han menjawab soalan pemberita ketika sidang media selepas merasmikan Simposium Pengurusan Strata Kelas Pertama Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) di Hotel Park Royal Collection, Kuala Lumpur pada 20 Oktober 2022. Turut sama Yang Dipertua MPKS Rahilah Rahmat (kanan) dan Ketua Unit Pesuruhjaya Bangunan MPKS Zulfiqah Omar. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Pesuruhjaya bangunan perlu atasi segera isu berkaitan perumahan strata

KUALA LUMPUR, 21 OKT: Pesuruhjaya bangunan (COB) perlu segera menyelesaikan pelbagai isu melibatkan pangsapuri perumahan strata di negeri ini.

EXCO kerajaan tempatan berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) dan wakil rakyat sering menerima aduan kebocoran kediaman melibatkan unit pangsapuri itu daripada penduduk.

“Kebocoran membabitkan unit tingkat atas dan bawah sering diterima selain pengubahsuaian tanpa kelulusan daripada badan pengurusan bersama (JMB) di kawasan hak milik bersama.

“Sehubungan itu, pesuruhjaya bangunan (COB) perlu memainkan peranan menyelesaikannya dengan memanggil pihak berkaitan,” kata Ng Sze Han dalam sidang media selepas merasmikan Simposium Pengurusan Strata Kelas Pertama di Park Royal Collection di sini, semalam.

Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), Rahilah Rahmat dan Ketua Unit Pesuruhjaya Bangunan MPKS Zulfiqah Omar.

Sebelum ini, EXCO perumahan memaklumkan Kerajaan Negeri sentiasa membantu JMB membabitkan kos penyelenggaraan perumahan strata terutama jenis kos rendah.

Rodziah Ismail berkata antara bantuan diberikan adalah melibatkan JMB bermasalah dalam program kebun komuniti sekali gus mempunyai pendapatan membayar semula caj penyelenggaraan.


Pengarang :