Ketua Pegawai Strategik PKNS Idris Ishak (dua, kiri) menyerahkan cek cura RM17,000 kepada wakil Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja PKNS bagi menjayakan program cucian permaidani di Surau As-Salam, Seksyen 4 Kota Damansara, Petaling Jaya pada 30 Oktober 2022. Foto Facebook PKNS
AGENSISELANGOR

PKNS peruntuk RM17,000 jaya program cuci permaidani di empat surau

SHAH ALAM,31 OKT: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memperuntukkan RM17,000 bagi menjayakan program cucian permaidani di empat surau.

Ketua Pegawai Strategik PKNS Idris Ishak berkata Surau As-Salam, Seksyen 4 Kota Damansara dekat sini menjadi lokasi pertama menerima manfaat program.

“Kira-kira 20 anggota mewakili persatuan menggembleng tenaga mencuci permaidani, cermin dan lantai surau,” katanya di Facebook.

“Satu usaha murni dan patut diteruskan di surau kawasan pembangunan PKNS dalam mencapai visi Membina Komuniti, Memperkasa Kehidupan, Merialisasi Impian.”

Dilaksanakan sejak tahun lalu, dua surau iaitu di Kota Puteri dan Bandar Baru Bangi menerima manfaat daripada program berkenaan.

Dikelolakan Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja PKNS, program tanggungjawab sosial korporat berkenaan turut dijayakan persatuan-persatuan bawah perbadanan itu.


Pengarang :