Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada 12 Januari 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Polis mohon bantuan orang ramai kesan dua remaja hilang

KUALA LUMPUR, 14 OKT: Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan dua remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang pada 2 dan 7 Oktober lepas selepas keluar dari rumah masing-masing di Petaling Jaya dekat sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata N Akilashini dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Desa Mentari, pada 8 malam 2 Oktober lepas.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Akilashini dimohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor R Yugarajan di talian 014-3049419,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata seorang lagi remaja, Ain Roshariza Abdullah pula dilaporkan tidak pulang ke rumahnya di Kampung Lindungan selepas keluar kira-kira 12 tengah hari, 7 Oktober lepas.

“Individu yang mempunyai maklumat mengenai Ain Roshariza diminta ke balai polis berhampiran atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Lee Sheng Yew di talian 011-3532 7062 bagi membantu siasatan,” katanya.

– BERNAMA


Pengarang :