Kanak-kanak melakukan susun suai gambar ketika Pesta Buku Selangor 2020 di Pusat Konvensyen Shah Alam. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

PPAS perkenal dua program baharu sempena Pesta Buku Antarabangsa Selangor

SHAH ALAM, 22 OKT: Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) bakal memperkenalkan dua program baharu sempena Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2022 pada 1 hingga 11 Disember.

Pengarahnya Datin Paduka Mastura Muhamad berkata ia membabitkan program Selangor Fellowship Antarabangsa dan Anugerah Ilustrasi Yusof Gajah.

“Kandungan Kanak-Kanak Antarabangsa Selangor (SICC) yang diperkenalkan semasa Pesta Buku Selangor 2021 diteruskan dengan penambah baikan pada tahun ini,” katanya dalam kenyataan.

Julung kali dianjur Kerajaan Selangor, pesta buku antarabangsa akan berlangsung di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Antara pengedar dan penerbit buku luar negara yang dibawa ke pesta berkenaan ialah Bloomsbury dan Wiley dari United Kingdom dan Brand Media dari Indonesia.

Beberapa aktiviti sampingan antarabangsa dianjurkan seperti Peraduan Kanak-Kanak Antarabangsa Selangor yang melibatkan penceramah dari luar negara.

Menerusi program ini, peserta berpeluang menyertai bengkel membaca, klinik ilustrator, seminar dan bimbingan daripada penggiat buku kanak-kanak.


Pengarang :