Orang ramai membeli barang keperluan asas yang menawarkan harga murah berbanding pasaran menerusi Jelajah Ehsan Rakyat DUN Sungai Tua di laman Bougainvilla, Gombak pada 25 September 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Program jualan murah barangan asas di Pandan Indah, Teratai esok

SHAH ALAM, 19 OKT: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) meneruskan Jelajah Ehsan Rakyat di sembilan lokasi lagi esok bermula 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Program jualan murah barang keperluan asas itu dilangsungkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabak, Jeram, Sungai Tua, Pandan Indah, Teratai, Kampung Tunku, Sementa, Sijangkang dan Sungai Pelek.

Bagi memenuhi permintaan orang ramai, PKPS dengan lori jualan akan
ke lokasi menawarkan barangan dapur seperti ayam standard pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan) dalam program bermula 10 pagi hingga 1 tengah hari itu.

Turut dijual pada harga murah ialah ikan kembung atau selayang dengan RM6 setiap pek, minyak masak 5kg (RM25) dan beras 5kg (RM10).

Kerajaan Negeri memperuntuk RM10 juta untuk program tersebut di seluruh 56 DUN mulai 6 September hingga 6 Disember ini melibatkan 160 lokasi.

Inisiatif itu bagi membantu rakyat berdepan kenaikan harga barang memanfaatkan lebih 80,000 orang sejak diperkenal Disember tahun lalu.

Orang ramai boleh melayari laman sosial PKPS atau pautan https://linktr.ee/myPKPS untuk kemas kini lokasi jualan dari semasa ke semasa.


Pengarang :