Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran sempena program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Jeram di Dewan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Desa Coalfields, Kuala Selangor. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Program jualan murah barangan asas di Sabak Bernam, Semenyih esok

SHAH ALAM, 13 OKT: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) meneruskan Jelajah Ehsan Rakyat di lapan lokasi esok bermula 9 pagi hingga 1 tengah hari.

Program jualan murah barang keperluan asas itu melibatkan sebuah daerah iaitu Sabah Bernam sempena penganjuran Jelajah Selangor Penyayang selama dua hari sehingga Sabtu ini.

Manakala tujuh Dewan Undangan Negeri (DUN) pula ialah Sungai Panjang, Taman Templer, Pandan Indah, Teratai, Semenyih, Taman Medan dan Banting.

PKPS terus memenuhi permintaan orang ramai dengan menawarkan barangan dapur seperti ayam standard pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan) dalam program bermula 9 pagi hingga 1 tengah hari itu.

Turut dijual pada harga murah ialah ikan kembung atau selayang dengan RM6 setiap pek, minyak masak 5kg (RM25) dan beras 5kg (RM10).

Kerajaan Negeri memperuntuk RM10 juta untuk program tersebut di seluruh 56 DUN mulai 6 September hingga 6 Disember ini melibatkan 160 lokasi.

Inisiatif itu bagi membantu rakyat berdepan kenaikan harga barang memanfaatkan lebih 80,000 orang sejak diperkenal Disember tahun lalu.

Orang ramai boleh melayari laman sosial PKPS atau pautan https://linktr.ee/myPKPS untuk kemas kini lokasi jualan dari semasa ke semasa.


Pengarang :