M Kamalesswaree Fiona, 35 melihat risalah Skim Hijrah Selangor ketika sidang media berkenaan pembiayaan khas kepada peniaga India sempena perayaan Deepavali di Bilik Mesyuarat Semarak Api Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 12 September 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Program latihan bantu usahawan Hijrah mantapkan ilmu niaga

SHAH ALAM, 18 OKT: Peserta bawah program Hijrah Selangor (Hijrah) yang baharu atau telah lama berniaga dipelawa menyertai latihan keusahawanan untuk memantapkan ilmu perniagaan.

Dalam poster dikongsi di Facebook, program yang ditawarkan meliputi bimbingan untuk merancang perniagaan, kemampuan mempelbagai saluran jualan dan sistem pemantauan betul.

“Terdapat pelbagai program latihan dan bimbingan yang disediakan khas untuk anda para usahawan Hijrah Selangor bagi memantapkan lagi ilmu perniagaan anda,” menurut agensi tersebut.

Antara program ditawarkan ialah kursus rangkaian perhubungan untuk mempelajari teknik menguasai pelanggan melalui komunikasi dan linguistik yang betul dengan tips berkesan.

Selain itu, program pengurusan ejen bagi memahami dan mengaplikasikan teknik mengendalikan ejen dengan efektif untuk meningkatkan hasil pencapaian daripada sudut jualan.

Turut disediakan ialah bimbingan perniagaan untuk membantu usahawan mengenal potensi diri dan perniagaan yang perlu ditambah baik serta profesional.

Peserta juga boleh mengikuti latihan seni urus kewangan untuk membantu mereka memahami dan mendalami pengetahuan asas mengenai cara mengurus, merekod dan menganalisis transaksi niaga.

Maklumat lanjut dan pendaftaran bagi program latihan dan bimbingan yang disediakan boleh didapati melalui pautan https://docs.google.com/…/1FAIpQLSecN5Df2KRZcH…/viewform.


Pengarang :