Mesyuarat khas urusan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah diadakan di Putrajaya pada 20 Oktober 2022. Foto BERNAMA
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL PILIHAN MINGGUAN

PRU15: SPR tetapkan 14 hari kempen, hari mengundi 19 November

PUTRAJAYA, 20 OKT: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November sebagai tarikh pengundian bagi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 5 November manakala pengundian awal pada 15 November.

Pelaksanaan pilihan raya itu akan melibatkan peringkat Parlimen di seluruh negara dan negeri yang telah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu  Perak, Pahang dan Perlis.

Turut diadakan serentak adalah pilihan raya kecil (PRK) DUN Bugaya, Sabah.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR berhubung pilihan raya berkenaan di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pembubaran Parlimen ke-14 berkuat kuasa 10 Oktober bagi memberi laluan kepada PRU15 selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

-BERNAMA


Pengarang :